Monday, 2 March 2015

Shampoo Untuk Rambut Gugur Selepas Bersalin - berkesan untuk saya



Hai tompinai/saudarasaudari,
Nunu habar?/Apa khabar semuanya?
Harap semuanaya sihat dan ceria selalu.



Ok. Ni saya mau kongsi untuk para ibu yang baru bersalin yang mengalami rambut gugur, shampoo yang saya pernah cuba dan berkesan untuk mengurangkan rambut gugur ketika saya lepas bersalin anak yang kedua. Hal macam ini memanglah merisaukan kan bila tengok banyak sangat rambut gugur di lantai rumah. Sehinggakan ada perubahan yang sangat ketara terutamanya di bahagian atas dahi. Tapi jangan risau sangat ya sebab ianya bukanlah disebabkan oleh kanser atau penyakit tertentu. Ianya disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan dan ianya normal bagi wanita yang baru melahirkan .


Kita tidak boleh mencegahnya tapi at least kita boleh mengurangkannya dan memendekkan tempoh gugur rambut kita ya. Shampoo hair fall control yang saya pernah try ketika itu adalah:-


1. Pantene - tahap keguguran rambut semakin bertambah.

2. Rejoice - pun sama. tiada perubahan
Saya tidak katakan produk ini tidak bagus, cuma mungkin tidak sesuai untuk saya.

Jadi saya mulalah menggoogle. Jauh disudut hati saya percaya produk yang terbaik adalah dari sumber semulajadi seperti herba. Goggle punya google, ada yang menarik perhatian saya iaitu produk Himalaya, Protein Shampoo repair & regeneration. So bila habis kerja, singgah beli di Watson. Saya beli sekali dengan conditionernya.


Label Produk:

Perfect for dry, frizzy or hair damaged from blow-drying, brushing and chemical treatment. A special blend of herbs provide intensive conditioning from the root to the tip repairing and regenerating your hair and protecting it from future damage.

Key Ingredients:

  • Chickpea: Rich source of natural proteins.
  • Amla & Beach-almond: Natural hair tonics that repair and regenerate hair.
  • Licorice: Helps promote hair growth.
http://www.himalayaherbals.com/products/haircare/Shampoos.htm


Selepas seminggu menggunakannya, ada perubahan yang ketara dari segi jumlah rambut gugur. Wow, I like it!. So saya terus menggunakannya sampai habis dan rambut saya kembali normal selepas itu. Sebab produk ini berkesan untuk saya jadi saya recommend shampoo ini untuk ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah yang sama dengan saya. Dan perlu diingat juga, lain orang mungkin lain kesannya.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca!

Friday, 20 February 2015

Family Photoshoot

Hi alls, have a good day!

Harap semuanya happy2 semua. 
Kali ini saya ingin share family pic En Leester baru-baru ini. Lokasi kali ini di kawasan Yayasan Sabah. Mulanya kita plan 3 lokasi. Tapi bila tengok anak-anak sudah letih, tidak sampai hati pula paksa mereka ke lokasi seterusnya.

Mengapa saya suka gamabr ini? Sebab 'ada cerita dalam gambar ini'. Ini adalah menurut photographer. hehe...

Si gadis kecilku, Eva Yohanna. Umur 5 tahun lebih pada waktu ini.

Leonard. Umur 3 tahun lebih pada waktu ini.

Ini dia Baby Ginny. Orang baru dalam family. Hanya umur 3 bulan pada waktu gambar ini diambil. Rambut jugalah yang paling menang. kalah rambut daddy hehe...


My dear hubby, my wish to grow old with you and spend my whole life with you.

Main 'babo-babo' pula. hehe


Last but not least, ini kitaorang lari-lari anak. Photographer sampai baring atas jalan. Akhirnya ada juga yang jadi setelah beberapa kali percubaan.


Photographer:Hendry Jimin
Hp No: 0148515568

Mari Belajar Maksud Wulan Rombituon

Hello dear dear semua. I wish you have a good and blessed day.
Ini adalah blog pertama saya dan saya ingin mulakannya dengan maksud blog url saya iaitu wulan dan rombituon.


Dua perkataan ini adalah bahasa ibunda saya iaitu bahasa Dusun. Maksudnya adalah seperti berikut:- 

Dusun Malay English
Wulan Bulan Moon
Rombituon Bintang Star

Suku Dusun ini adalah salah satu daripada suku yang terdapat di Borneo khususnya di negeri Sabah dan merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sabah iaitu kira-kira satu pertiga dari penduduk Sabah.

Punsikou tu mambasa diti pinosurat ku!
Thank you for reading this entry!